Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Saya Mahu Hukuman Gantung – Permintaan Pesalah Kes Dadah
 Saya Mahu Hukuman Gantung – Permintaan Pesalah Kes Dadah
Semasa

Saya Mahu Hukuman Gantung – Permintaan Pesalah Kes Dadah

by VOKALIS 27/03/2024 399

Seorang pesalah kes dadah membuat permintaan supaya dirinya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Saya mahu hukuman gantung sampai mati. Itu sahaja,” kata tertuduh, Ng Chan Keong, 39, ketika diberi peluang oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, Melaka.

Dia berkata demikian ketika menyatakan hasrat terakhir selepas disabitkan atas pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 2.7 kilogram (kg), enam tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis bagaimanapun menegaskan hak mahkamah untuk menentukan hukuman dan menangguhkan prosiding selama lima minit.

Menurut laporan Harian Metro, sebaik prosiding bersambung beliau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 2 Oktober 2018 dan 12 sebatan.

Terdahulu, ketika membacakan penghakimannya, Anslem berkata, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Beliau berkata, bagaimanapun mahkamah berpuas hati pendakwaan membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Ng didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2.7 kilogram di tepi lorong kecemasan KM 215 arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Alor Gajah di sini, pada 2 Oktober 2018, kira-kira jam 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Wan Zaleha Abdul Wahab.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu bermula 10 September 2020. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 26

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 47

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 93

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.