THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Isu Selesai… Sebab Itu Saya Banyak Berurusan Dengan Artis Luar – Respon CEO Isu Dakwa Aniaya Anjur Konsert Artis Tempatan (VIDEO)
 Isu Selesai… Sebab Itu Saya Banyak Berurusan Dengan Artis Luar – Respon CEO Isu Dakwa Aniaya Anjur Konsert Artis Tempatan (VIDEO)
Semasa

Isu Selesai… Sebab Itu Saya Banyak Berurusan Dengan Artis Luar – Respon CEO Isu Dakwa Aniaya Anjur Konsert Artis Tempatan (VIDEO)

by VOKALIS 27/03/2024 164

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali menafikan dakwaan kononnya pihaknya menganiaya seorang artis tempatan dan tidak telus dalam sebuah penganjuran konsert tahun lalu.

Kongsinya, satu pertemuan antara kedua-dua pihak telah diadakan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit termasuk menerangkan hal sebenar.

“Saya sudah pun panggil pihak tersebut dan berjumpa. Pertemuan tersebut dihadiri oleh pihak saya dan pengurusan artis berkenaan.

“Artis tersebut juga membawa peguam untuk mendapatkan gambaran jelas berhubung isu yang dibangkitkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin

Beliau berkata, artis tersebut sebenarnya telah dianiaya oleh orang terdekat iaitu pihak pengurusannya sendiri.

“Namun, selepas kami memberikan gambaran sebenar, barulah artis itu tahu yang dia telah dianiaya oleh satu pihak lagi.

“Mereka akui telah berlaku salah faham. Namun, saya tidak menganggap ini sebagai satu isu. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan artis,” ulasnya lagi.

Katanya lagi, masalah seperti ini juga yang membuatkan dirinya berasa agak susah untuk bekerjasama dengan artis tempatan.

“Masalah ini berlaku kerana kita menggunakan platform pihak ketiga iaitu pengurusan artis.

“Mungkin sebab ini juga ramai yang mempersoalkan mengapa saya sering bekerjasama dengan artis luar.

“Saya bukan tak mahu bekerjasama dengan artis tempatan cuma ada segelintir artis yang mempunyai pengurusan yang tidak betul,” katanya.

Mengulas lanjut, Aizuddin memaklumkan isu ini telah pun selesai dan hubungannya bersama artis itu masih baik.

“Pada saya, untuk menjadi artis yang berjaya, mereka kena ada pihak pengurusan yang kuat. Saya kesiankan artis itu dan saya tak salahkan dia.

“Bila saya bercerita elok-elok, dia pun faham. Dia ada bakat dan vokalnya bagus tapi bila diberikan sepenuh kepercayaan, pihak pengurusan ambil kesempatan pula,” katanya.

Terdahulu, Aizuddin mengaku kagum dengan semangat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu menyantuni golongan tidak bernasib baik di bulan Ramadan ini.

Malah dia juga menyokong usaha Siti yang mahu membalas jasa pihak media yang menjadi tulang belakang sepanjang bergelar anak seni.

“Saya hormat Siti Nurhaliza dan suami DK yang sangat senang untuk berurusan dan kami di Yayasan Prihatin Nasional berbangga dapat bekerjasama dalam program amal seperti ini,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.