Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Sekilas Sabtu : Ringkasan Berita Menarik 13 Januari 2024
 Sekilas Sabtu : Ringkasan Berita Menarik 13 Januari 2024
Santai Semasa

Sekilas Sabtu : Ringkasan Berita Menarik 13 Januari 2024

by VOKALIS 13/01/2024 495
  1. Ella Berhajat Tunai Haji – Senarai Wishlist Paling Atas

Ratu rock Ella berkongsi impian bersempena kehadiran tahun baharu dengan berharap hasrat menunaikan ibadah haji dapat direalisasikan tahun ini.

Kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 57, beberapa perancangan lain membabitkan kerjaya seni turut berada dalam senarai teratasnya bagi 2024.

“Insya-Allah, kalau diberikan rezeki dan umur yang panjang, saya ingin mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah,” katanya.

  1. Mangsa Banjir Berkurangan – Hanya 14 PPS Masih Buka

Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan apabila setakat pukul 5 petang tadi, hanya seramai 1,495 mangsa masih ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding seramai 4,940 mangsa sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah terkini itu melibatkan 446 keluarga di lima daerah.

“Mersing merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 611 mangsa di empat PPS, Kota Tinggi (529 mangsa, lima PPS). Kluang (227 mangsa, dua PPS), Segamat (89 mangsa, dua PPS) dan Batu Pahat (39 mangsa, sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  1. Ariana Grande Jawab Guna Lagu – Lagu Yes and? Untuk Pengutuk

Penyanyi Ariana Grande menjawab segala kontroversi membabitkan dirinya menerusi video muzik terbaharu bertajuk Yes, and ?.

Menerusi lirik lagu tersebut, Grande cuba menyampaikan mesej kepada individu-individu yang selama ini mengutuk dirinya menerusi lirik berbunyi:

‘Jangan komen tentang tubuh saya, jangan balas apa-apa, kenapa awak semua nak kisah siapa punya… yang saya tunggang?’

  1. Pendekar Awang: Darah Indera Kutip Setengah Juta – Tempoh 12 Jam Tayangan

Filem terbitan Studio Kembara, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah berjaya mencatat kutipan di pawagam sebanyak RM500,000 selepas 12 jam ditayangkan.

Berita baik itu dikongsikan produksi Studio Kembara dalam laman Instagram (IG).

“Sokongan anda inspirasi kami. Terima kasih kepada semua penonton. Alhamdulillah dengan izin Allah, dalam masa 12 jam sahaja, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah sudah berjaya mengumpul RM500,000 kutipan.

  1. Anggota Tentera Ditetak – Hutang Jadi Punca

Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang menyerangnya malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu selesai mengeluarkan wang di sebuah bank dekat Sungai Udang, Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit (Kredit: FB Polis Melaka Tengah)

“Difahamkan kejadian serangan itu bukan bermotifkan samun, sebaliknya mempunyai kaitan dengan masalah hutang,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 30

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 50

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 101

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.