
Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik Ahad 14 Januari 2024
- Noh Salleh Nafi Culik Anak – Akui Terima Amanah Dari Ibu Kandung
“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati dan amanah itu diberikan kepada saya,” kata penyanyi Hujan, Noh Salleh, 39, yang menafikan dakwaan dia dikata cuba melarikan anak angkatnya itu, baru-baru ini.

Noh berkata, apa yang berlaku juga bukanlah isu perebutan kerana semua urusan dibuat mengikut undang-undang serta dilengkapkan bersama dokumen sah dan tiada unsur penculikan sebagaimana didakwa.
“Sekarang Musa memang di bawah jagaan saya dan dia sangat gembira. Tapi, saya difitnah teruk berhubung isu penculikan itu yang memang tidak berlaku langsung,” katanya.
- Gempar Bunyi Tembakan – Klip Tular Undang Tanda Tanya
Penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai susulan kejadian tembakan di sini, hari ini.

Seorang lelaki mati ditembak dalam kejadian itu yang disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan.
- Chef Wan Nafi Aniaya – Hanya Jaga Resipi & Kualiti Makanan
Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia menipu gaji pekerjanya.

Chef Wan menjelaskan peranannya dalam Kumpulan Restoran Chef Wan (CWGR) adalah mengendalikan resipi serta kualiti makanan, manakala soal penggajian adalah tugas rakan perniagaannya.
“Sejak permulaan kerjasama ini, memang dari awal saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.
- DBKL Sita Gerai Ubat Kuat – Dalang Warga Asing
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita empat gerai menjual ubat ‘kuat’ menerusi operasi di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit, hari ini.
DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya turut menyita dua gerai membaiki kasut dan sebuah gerai penjaja makanan tanpa permit diusahakan oleh warga asing.

“Tindakan sita serta-merta ke atas empat penjaja ubat-ubat dan alatan seks, dua peniaga tukang kasut dan satu penjaja makanan ringan milik warga negara asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen,” katanya.
5. Lupakan Olimpik Paris – Peluang Skuad Hoki Negara Tertutup
Skuad hoki wanita negara mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam peringkat Kumpulan B Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tumpas 0-3 kepada Kanada dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Anak buah Nasihin Nubli Ibrahim bolos seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Sara McManus.
Malaysia Tigress terus derita apabila Thora Rae menggandakan jaringan menerusi gol padang pada minit ke 22.
– THE VOKAL