THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Selebriti Dunia Mula Terkesan – Kempen #Blockout2024
 Selebriti Dunia Mula Terkesan – Kempen #Blockout2024
Semasa

Selebriti Dunia Mula Terkesan – Kempen #Blockout2024

by VOKALIS 15/05/2024 157

Selebriti terke­nal di seluruh dunia yang terus berdiam diri mengenai perang Israel di Gaza mula merasai bahang kemarahan peminat menerusi kempen memulaukan mereka di media sosial dan platform penstriman.

Gerakan tersebut dikenali sebagai Block Out 2024 ataupun Digital Guillotine.

Bintang pop, Taylor Swift, pe­nyanyi rap, Drake serta ramai lagi selebriti lain telah menjadi sasaran kempen tersebut yang bermula di platform TikTok.

Gerakan itu adalah tindak balas terhadap acara fesyen gilang-gemilang dan penuh glamor dinamakan Met Gala yang berlangsung di Bandar Raya New York baru-baru ini, di tengah-tengah penderitaan penduduk Palestin akibat serangan Israel.

Selama berbulan-bulan, ­aktivis pro-Palestin membanjiri ruangan komen di laman media sosial untuk meminta aktres, penyanyi popular dan selebriti lain supaya bersuara dan mendesak gencatan senjata dilaksanakan di Gaza.

Desakan mereka mencapai kemuncak selepas penganjuran Met Gala 2024 iaitu majlis kutipan derma penuh megah dan malam gala industri fesyen. Ia menampilkan bintang ‘kelas A’ dunia perfileman, pementasan, sukan dan peragaan.

Pada acara tersebut, pesohor media sosial, Haley Kalil menyiar­kan video di platform TikTok menunjukkan dia mengajuk ­ungkapan Permaisuri Perancis, mendiang Marie Antoinette: ‘Biar mereka makan kek’.

Frasa tersebut melambangkan sikap tidak peduli bangsawan Perancis pada abad ke-18 terhadap golongan miskin yang kelaparan. Netizen mengaitkan kenyataan Kalil sebagai enggan mempedulikan nasib penduduk Palestin dan konflik di Gaza.

Bintang TikTok, ladyfromtheoutside yang memulakan gerakan Block Out 2024 kemudian membalas dengan berkata: “Kini, tiba masa untuk kita melaksanakan apa yang saya gelar ‘digital gilotin’ jika anda mahu.”

Ia merujuk kepada pisau gilotin yang digunakan untuk melaksanakan hukuman mati semasa Revolusi Perancis.

“Anda (selebriti) akan hilang tontonan (view) kami, tanda suka (like), komen dan wang kami,” tambahnya.

Mesejnya tersebar meluas dan digunakan sebagai seruan untuk gerakan pro-Palestin, manakala petunjuk awal setakat ini menunjukkan kempen boikot itu mula memberikan kesan.

Bintang realiti, Kim Kardashian yang menghadiri Met Gala 2024 telah kehilangan beratus-ratus ribu pengikutnya di laman Instagram sejak beberapa hari lalu, demikian menurut laman analisis, Social Blade.

Swift yang tidak menghadiri Met Gala kerana memberi tum­puan kepada konsert Jelajah Eras, turut hilang lebih 200,000 pengikut sejak Khamis lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.