THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Shila Amzah Bakal Timang Anak Kedua – Umum Hamil Hasil Perkahwinan Baru
 Shila Amzah Bakal Timang Anak Kedua – Umum Hamil Hasil Perkahwinan Baru
Selebriti Semasa

Shila Amzah Bakal Timang Anak Kedua – Umum Hamil Hasil Perkahwinan Baru

by VOKALIS 05/01/2024 236

Shila Amzah bakal menimang cahaya mata apabila disahkan hamil hasil perkahwinan dengan pempengaruh, Ubaidillah Zulkefli atau Ubai.

Menerusi perkongsian di Instagram Shila dan Ubai, pasangan itu memohon orang ramai mendoakan agar kehamilannya berjalan lancar.

“Saya nak pastikan proses awal kehamilan berjalan lancar terlebih dulu (sebelum pengumuman itu dibuat). Terima kasih kepada yang mendoakan kami sebelum ini. Doakan agar kandungan ini selamat dan dipermudahkan segala-galanya,” katanya.

Dalam perkongsian itu, penyanyi lagu Patah Seribu itu bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya.

Dalam pada itu, Ubai menerusi perkongsian sama turut menyifatkan tahun 2024 membuka satu lembaran baharu buat diri mereka.

“Tahun 2024 ini kami ingin berkongsi satu perkhabaran. Alhamdulillah untuk segalanya,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik, mereka sempat berkongsi reaksi spontan kenalan rapat dan ahli keluarga sebaik mengetahui perkara itu.

Lebih manis, mereka turut berkongsi video ketika melakukan ujian imbasan kehamilan kali kedua penyanyi itu, selepas melahirkan anak sulungnya, Seth Uwais, 5, hasil perkahwinan pertamanya.

Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, di sini.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai Februari 2022. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.