Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Alami COVID-19 Kali Kedua, Risau Masalah Peti Suara Berulang
 Siti Alami COVID-19 Kali Kedua, Risau Masalah Peti Suara Berulang
Selebriti Semasa

Siti Alami COVID-19 Kali Kedua, Risau Masalah Peti Suara Berulang

by VOKALIS 13/12/2023 608

Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui ada gundah yang bersarang di hatinya selepas berdepan dengan jangkitan COVID-19 kali kedua minggu lalu. 

Penyanyi lagu Percayalah itu yang kini sudah selesai menjalani kuarantin mengakui risau sekiranya jangkitan itu mengganggu peti suaranya lagi. 

Menurutnya, jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar dan menyakitkan berbanding jangkitan kali pertama yang dialaminya. 

“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu. 

“Berbeza dengan jangkitan COVID-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas. 

“Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya,” katanya. 

Mengulas keadaan suaranya terkini, penyanyi nombor satu negara berkata, dia bersyukur kerana dapat kembalikan suara yang lebih ‘ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya. 

“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit. 

“Kalau tak, rasa ‘berat’, kasar dan nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini. 

“Tiba-tiba, saya dijangkiti COVID-19 semula. Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja,” katanya. 

Terdahulu, Siti pernah dijangkiti COVID-19 pada pada 2022 sehingga menyebabkan masalah pada peti suaranya. 

Siti ditemui di Majlis Ukhuwah dan Apresiasi serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 30

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 76

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.