Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM
 Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM
Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 367

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersohor negara itu menerusi satu hantaran di media sosial miliknya hari ini.

“Terima kasih kepada UiTM di atas pelantikan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,” tulisnya ringkas.

Pelantikan rasmi disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi universiti, wakil Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) selaku fakulti pengusul pelantikan, serta wakil industri.

Pelantikan itu merupakan pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besar Siti Nurhaliza, bukan hanya sebagai ikon seni negara, tetapi juga sebagai usahawan wanita berjaya yang mampu menggabungkan kreativiti, integriti dan inovasi dalam membina empayar perniagaannya sendiri. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.