Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. SPRM Sahkan – Tiga Individu Aman Palestin Bakal Didakwa
 SPRM Sahkan – Tiga Individu Aman Palestin Bakal Didakwa
Semasa

SPRM Sahkan – Tiga Individu Aman Palestin Bakal Didakwa

by VOKALIS 14/02/2024 470

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor esok.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan didakwa esok,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan SPRM membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin dijalankan sejak 17 Oktober tahun lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 38

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 123

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 35

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.