Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kerana Dadah – Lelaki Seksa Ibu Sendiri
 Kerana Dadah – Lelaki Seksa Ibu Sendiri
Semasa

Kerana Dadah – Lelaki Seksa Ibu Sendiri

by VOKALIS 15/02/2024 575

Asal dadah, bawa padah, hingga ibu sendiri menjadi mangsa seorang anak. Lebih menyedihkan si ibu seorang warga emas tidak punya kudrat melawan.

Insiden menyedihkan itu berlaku kelmarin, apabila pasukan bomba bersama polis mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan wanita warga emas yang cedera akibat diterajang dan dipukul anak lelakinya dalam kejadian di sebuah flat di Jelutong, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an turut mengancam membunuh diri dengan membuka dua tong gas petroleum cecair (LPG) bagi menakutkan pasukan penyelamat.

Difahamkan, ketika kejadian pemuda itu berada di bawah pengaruh dadah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Shaari Mansor berkata sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati suspek bertindak agresif mencederakan ibunya dengan tukul selain menendang dan mengacu objek tajam ke arah wanita berusia 60-an itu.

@the.vokal

Lelaki Seksa Ibu Sendiri Seorang lelaki dipercayai dibawah pengaruh dadah mengurung dan menyiksa ibu sendiri. Kredit: SuriaMalaysia Jom join kami. Suara Semua Orang. Jom let’s lekas now, Join telegram channel kami https://t.me/TheVokalProduction #thevokal #vokal #videovokal #current #news #trending #popular #dadah #pukul

♬ original sound – theVokal – theVokal

“Sejurus melihat kehadiran anggota polis dan bomba, suspek bertindak agresif menyebabkan kami terpaksa beredar bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Mangsa kemudian dilepaskan sendiri oleh anaknya selepas permintaan supaya anggota polis dan bomba beredar dituruti.

“Ibunya hanya mengalami kecederaan ringan dan lebam akibat dipukul,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan St. John sebelum diserahkan kepada polis. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 38

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.