Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sudah Kenal Ramai Wanita – Zul Ariffin Akui Perlu Buat Pilihan Tepat
 Sudah Kenal Ramai Wanita – Zul Ariffin Akui Perlu Buat Pilihan Tepat
Selebriti Semasa

Sudah Kenal Ramai Wanita – Zul Ariffin Akui Perlu Buat Pilihan Tepat

by VOKALIS 17/04/2024 1029

Melewati usia 38 tahun, pelakon Zul Ariffin mengakui dia sudah kenal dan menjalin hubungan dengan ramai wanita.

Akuinya, kesemua wanita yang dikenali juga mempunya perangai masing-masing membuatkan dirinya perlu bijak membuat pilihan.

“Saya sudah kenal dengan ramai wanita yang memiliki macam-macam perangai.

“Saya perlu buat pilihan yang tepat dan saya ada pilihan yang tepat,” katanya selepas majlis tayangan perdana filem Sheriff.

Zul berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai status terkini hubungannya termasuk mengenai hari bersejarah yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Dalam masa sama, dia hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.

“Cerita ‘hari bersejarah’ itu sudah wujud sejak lima tahun lepas tapi tak hampir-hampir pun.

“Selagi itulah saya akan beritahu apa yang orang ramai mahu dengar sebab itu bukan satu kepentingan bagi memuaskan hati masyarakat.

“Saya seorang pelakon, tidak kiralah baik atau buruk, orang pasti nak tahu tentang diri saya.

“Yang saya ada saki-baki untuk diri sendiri ialah kehidupan peribadi. Jadi, bukannya tak mahu kongsi dengan orang tetapi itulah satu-satunya yang saya miliki,” katanya.

Zul turut memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya apabila sampai masa nanti.

“Namun, saya akan kongsi pada semua kalau ada berita tentang kahwin.

“Saya tak doa untuk kahwin cepat tetapi minta dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada fitnah, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 19

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 34

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 52

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.