Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mayat Bayi Dalam Tangki Tandas – Pekerja Terkejut Jumpa Di Masjid
 Mayat Bayi Dalam Tangki Tandas – Pekerja Terkejut Jumpa Di Masjid
Semasa

Mayat Bayi Dalam Tangki Tandas – Pekerja Terkejut Jumpa Di Masjid

by VOKALIS 17/04/2024 541

Setelah lama ke buang bayi menyepi, timbul satu penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas wanita Masjid Kampung Pasir Simpul di sini malam tadi.

Mayat bayi sempurna sifat terbabit ditemui pekerja am lelaki berusia 40-an berkenaan pada pukul 7 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa berkata, sewaktu kejadian, pekerja am terbabit sedang mencuci tandas wanita terbabit.

“Dia memberitahu mengesyaki sesuatu tidak kena apabila terhidu bau busuk selain air tangki tandas yang dipam berwarna keruh.

“Tangki tandas terbabit kemudiannya dibuka sebelum terkeluar salah satu tangan mayat bayi terbabit,” katanya.

Muhammad berkata, pekerja am terbabit yang terkejut telah memaklumkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan kepadanya.

Dia berkata, mereka kemudian melaporkan penemuan berkenaan kepada pihak berkuasa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 56

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 62

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.