Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tak Perlu Kongsi – Meerqeen Mula Sebar Mengenai Palestine Dua Tahun Lalu
 Tak Perlu Kongsi – Meerqeen Mula Sebar Mengenai Palestine Dua Tahun Lalu
Selebriti Semasa

Tak Perlu Kongsi – Meerqeen Mula Sebar Mengenai Palestine Dua Tahun Lalu

by VOKALIS 24/05/2024 561

Bagi pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen dia tidak perlu memberitahu kepada umum apa yang dilakukan mengenai kesedaran terhadap Palestine malah sudah aktif membantu menyebar luaskan mengenainya sejak dua tahun lalu.

Biarpun tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 kerana terbabit dengan jenama pro-Israel, hakikatnya dia mengaku tidak pernah mengabaikan situasi getir yang menimpa penduduk Palestin ketika ini.

Malah tambahnya, dia tetap menyumbang kepada Palestin, namun tiada keperluan untuk menguar-uarkan kepada umum.

“Mungkin siapa yang tak ikut saya, tak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana. Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum.

“Kadang-kadang sebagai manusia kita sibuk dengan kerja dan tak tengok telefon bimbit sangat. Tapi, apapun pengikut saya tahu apa pegangan saya dalam isu ini,” katanya ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, di sini, hari ini.

Bagi Meerqeen, sebagai masyarakat Melayu Islam, dia seharusnya menyatakan sokongan kepada Palestin dan memohon maaf andai tindakannya sebelum ini mengguris perasaan ramai pihak.

“Kita rakyat Malaysia perlu sokong Palestin dan pada saya, tiada Melayu Islam yang menyokong Israel. Saya minta maaf sekiranya perkara ini membuatkan segelintir pihak tidak senang.

“Sejak 2022 saya bersuara mengenai isu Palestin dan selalu berkongsi di media sosial. Saya juga menyumbang untuk saudara kita di Palestin,” katanya.

Mengulas mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, Meerqeen berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hari ke-29 kimoterapi… Anak-anak cukur rambut Elyana

by thevokal 14/12/2025 3

Dalam perkongsian terbaharu penyanyi Elyana di media sosial bukan sekadar merakam detik peribadi, sebaliknya

Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 41

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 126

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.