Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Terengganu Bakal Lantik ADUN kaum Cina’ – Dr Sam
 ‘Terengganu Bakal Lantik ADUN kaum Cina’ – Dr Sam
Semasa

‘Terengganu Bakal Lantik ADUN kaum Cina’ – Dr Sam

by VOKALIS 08/11/2026 15

Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Pas bakal melantik seorang wakil masyarakat Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keperluan memastikan golongan yang tidak mempunyai perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) turut diberikan suara.

Menurut kenyataan beliau di media sosial, pelantikan itu dibuat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan wakil daripada kaum atau gender yang tidak mempunyai perwakilan dalam DUN dilantik sebagai ADUN.

Beliau berkata, keputusan tersebut merupakan usaha memperluas ruang perwakilan supaya masyarakat yang tidak mempunyai wakil dalam DUN turut berpeluang menyampaikan pandangan dan kepentingan mereka.

“Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk melantik seorang wakil kaum Cina daripada Parti Gerakan sebagai ADUN lantikan,” katanya.

Dr Ahmad Samsuri berharap pelantikan berkenaan dapat membuka ruang lebih luas kepada masyarakat pelbagai kaum untuk berhubung dengan kerajaan negeri, selain menjadi saluran menyampaikan aspirasi serta keperluan komuniti masing-masing.

“Semoga pelantikan ini dapat memperluas ruang perwakilan serta menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan masyarakat pelbagai kaum di Terengganu,” katanya.

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Anak Uji Rashid, Cico Harahap meninggal dunia

by VOKALIS 08/11/2026 29

Pelakon Cico Harahap, anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid, dilaporkan meninggal dunia di Hospital

Semasa

Peguam Negara mohon menghadap Agong berhubung titah

by VOKALIS 07/11/2026 18

Peguam Negara memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyatakan pendirian

Selebriti

Kris Dayanti sampaikan salam Megawati kepada Dr

by VOKALIS 07/11/2026 24

PENYANYI popular dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti meluahkan rasa terharu dan penghargaan atas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.