Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tiket Kapal Terbang, Baju Raya Siap Beli – Suami Isteri Maut Tinggalkan Seorang Bayi
 Tiket Kapal Terbang, Baju Raya Siap Beli – Suami Isteri Maut Tinggalkan Seorang Bayi
Semasa

Tiket Kapal Terbang, Baju Raya Siap Beli – Suami Isteri Maut Tinggalkan Seorang Bayi

by VOKALIS 01/04/2024 561

Kegembiraan sepasang suami isteri mahu pulang ke Sabah sempena lebaran kali ini tidak kesampaian selepas kedua-dua mereka maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, Seremban.

Lebih menyayat hati tiket kapal terbang dan baju raya juga sudah siap dibeli untuk meraikan Syawal minggu depan.

Pasangan yang baru berkahwin setahun lalu itu turut meninggalkan anak perempuan berusia lapan bulan.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi, Aswan Sulaiman, 29, dan isterinya Nur Khairunnisya Samsudin, 23, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Senawang dengan menaiki motosikal.

Bapa Nur Khairunnisya, Samsudin Basirun, 52, berkata, dia menyangka anak dan menantunya hanya terbabit dalam kemalangan kecil ketika dihubungi polis.

“Saya fikir ia kemalangan biasa saja, namun apabila polis beritahu kedua-dua anak saya sudah tiada, saya rasa macam nak pengsan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kemalangan berlaku membabitkan motosikal dinaiki mangsa dengan sebuah Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 19 tahun datang dari Seremban Jaya menghala ke sebuah kolej di Forest Height.

“Apabila sampai di lokasi, kereta itu dikatakan membelok ke simpang kanan menuju ke Persiaran Forest Heights 2 dan pada masa sama, motosikal ditunggang kedua-dua mangsa datang dari arah bertentangan sebelum melanggar sisi kiri kereta terbabit,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 49

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.