Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Wira Peledak Gol – Amad Diallo Buktikan Puasa Bukan Alasan
 Wira Peledak Gol – Amad Diallo Buktikan Puasa Bukan Alasan
Stadium

Wira Peledak Gol – Amad Diallo Buktikan Puasa Bukan Alasan

by VOKALIS 19/03/2024 601

Beraksi pada bulan Ramadan bukan halangan bagi bintang muda Manchester United, Amad Diallo yang muncul wira peledak gol kemenangan ketika membantu kelabnya menewaskan seteru utama, Liverpool 4-3 pada aksi suku akhir Piala FA, awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 21 tahun itu nyata mempunyai asas pegangan agama Islam teguh apabila percaya setiap yang berlaku dan kekuatan dimilikinya adalah datangnya atas izin Allah.

“Ya, saya berpuasa hari ini. Tidak mudah apabila anda berpuasa tetapi anda perlu percaya kepada diri sendiri. Saya berpuasa kerana Allah, jadi saya sangat gembira kerana dapat berpuasa. Saya mahu berjuang untuk pasukan jika saya berada di atas padang. Terima kasih kepada Allah untuk saat ini,” kata pemain sayap itu ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan.

Diallo yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol kemenangan pada hujung masa tambahan di Old Trafford ketika kedudukan semasa terikat 3-3 selepas menerima hantaran cantik Alejandro Garnacho.

Ia sekali gus menafikan hasrat Liverpool untuk cuba menjulang satu lagi piala selepas memenangi Piala Liga pada musim terakhir Jurgen Klopp membimbing kelab itu.

Bagaimanapun Diallo dibuang padang selepas itu kerana melakukan kesalahan kali kedua apabila menanggalkan bajunya selepas menerima kad kuning pertama pada minit ke-116. 

Kemenangan itu menyaksikan United akan membuat perhitungan dengan Coventry City pada aksi separuh akhir 20 April depan.

Malah kemenangan itu juga meningkatkan lagi reputasi Diallo yang sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama United namun dia menyerlah ketika dipinjamkan ke Rangers dan Sunderland.

Pada 2021, Diallo bersama-sama bekas bintang United, Paul Pogba, yang juga beragama Islam, menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin apabila bersama-sama mengibarkan bendera Palestin di Old Trafford selepas seri 1-1 dengan Fulham. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 26

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 36

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.