Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Jaclyn Victor Nyanyi Paling Steady Berbanding Lain, Kata Juri – “Markah Yang Kami Beri Sebagai Bukti…”
 Jaclyn Victor Nyanyi Paling Steady Berbanding Lain, Kata Juri – “Markah Yang Kami Beri Sebagai Bukti…”
Selebriti Semasa Sohor

Jaclyn Victor Nyanyi Paling Steady Berbanding Lain, Kata Juri – “Markah Yang Kami Beri Sebagai Bukti…”

by VOKALIS 11/12/2023 1040

Kesemua juri sebulat suara memilih Jaclyn Victor sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kerana berpendapat hanya dia yang memberikan persembahan terbaik.

Ketua juri Datuk Ramli MS berkata, ia juga terbukti melalui markah yang diberikan secara individu oleh kesemua juri.

“Dari segi markah pun dia berada jauh di depan dan saya nampak juri lain juga beri dia markah tinggi.

“Jaclyn yang paling perform berbanding peserta lain,” katanya pada sidang media selepas Final ASGV malam tadi.

Bagi seorang lagi juri Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn yang membawakan lagu When You Believe, menyanyi dengan ikhlas. 

 Malah katanya, Jaclyn juga tidak berlebihan dalam persembahannya berbanding peserta lain. 

“Jaclyn tidak over do. Dia hanya bersaing dengan dirinya dan menyanyi dengan ikhlas,” katanya. 

Jaclyn ketika ditemui melahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu dan mahu memberikan semua hadiah kemenangannya kepada dua orang anaknya. 

“Pada saya semua ini rezeki dan saya bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan. Memang saya hanya berdoa. 

“Saya percaya semua rakan-rakan juga sudah memberikan yang terbaik malam ini,” katanya. 

Mengenai pertikaian antara peminat dan netizen mengenai kejuaraannya, Jac berkata, dia hanya menyanyi dan pilihan di tangan juri. 

“Macam saya katakan semua ini rezeki. Liza Hanim juga bagus begitu juga peserta lain. 

“Antara kami tidak timbul isu dan masing-masing ada kelebihan tersendiri,” katanya. 

Jaclyn juga juara Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 62

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 63

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 65

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.