Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Kesan Dua Kanak-Kanak Lelaki, Saksi Kes Bunuh Zayn Rayyan 
 Polis Kesan Dua Kanak-Kanak Lelaki, Saksi Kes Bunuh Zayn Rayyan 
Semasa

Polis Kesan Dua Kanak-Kanak Lelaki, Saksi Kes Bunuh Zayn Rayyan 

by VOKALIS 14/12/2023 627

Polis mengesan dua lagi saksi kanak-kanak berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

“Setakat ini kita sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel.

“Hasil mass screening, polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman pada petang Zayn Rayyan didapati hilang,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah mengambil 228 sampel DNA penduduk Apartmen Indah bagi membantu siasatan.

Hussein dilaporkan berkata, semua 228 sampel DNA itu diambil daripada sebahagian penduduk di semua 18 blok, Apartmen Idaman termasuk penghuni di Blok R dan ia akan diteruskan.

“Polis juga sudah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.

“Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartmen itu,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.