Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Adik Bilal Pergi Jua – Kanak-Kanak Penyakit Kepala Besar Meninggal Dunia 
 Adik Bilal Pergi Jua – Kanak-Kanak Penyakit Kepala Besar Meninggal Dunia 
Semasa

Adik Bilal Pergi Jua – Kanak-Kanak Penyakit Kepala Besar Meninggal Dunia 

by VOKALIS 15/12/2023 1458

Kanak-kanak yang menderita bahagian kepala membesar akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly meninggal dunia, 4.50 pagi, hari ini.

Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar, 3, meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim.

Ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, berkata, dia reda dengan pemergian anaknya yang turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Walaupun sedih tapi saya reda dengan pemergiannya, beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merengek.

“Dia meninggal dunia ketika disamping saya dan suami pagi tadi,” katanya. 

Memetik laporan Harian Metro, Nurul Izzati Adawiyah berkata, jenazah anak keduanya itu dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Sebelum ini media melaporkan penyakit Bilal semakin kronik selain kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya Mohammad Azhar Arzemi, 31, mahupun isterinya, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Seorang lagi anak mereka, Nur Khaulah Al-Azwar, 6, pula mempunyai masalah pendengaran serta tulang belakang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 69

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.