Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. DSP Polis Dituduh Bunuh Pelajar Tingkatan 5 – Tiada Pengakuan Direkod
 DSP Polis Dituduh Bunuh Pelajar Tingkatan 5 – Tiada Pengakuan Direkod
Semasa Sensasi

DSP Polis Dituduh Bunuh Pelajar Tingkatan 5 – Tiada Pengakuan Direkod

by VOKALIS 18/12/2023 883

Suasana emosi menyelebungi perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh dalam pendakwaan kes bunuh membabitkan seorang pelajar tingkatan lima.

Kredit Gambar: Facebook

Dalam prosiding hari ini, seorang pegawai kanan polis dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan 5, pada 15 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Kredit Gambar: BH Online

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nazri didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Kredit Gambar: Facebook

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.

Pertuduhan dikendalikan lapan timbalan pendakwa raya diketuai Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat; Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; Nasrul Hadi Abdul Ghani; J S Geetha; Low Qin Hui, dan Wan Azimah Yaacob.

Kredit Gambar: Facebook

Keluarga terdekat mangsa termasuk abang, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, selain bapa saudara, Abdul Razak Judin, 48; turut berada di dalam kamar mahkamah ketika pertuduhan dibacakan ke atas Mohd Nazri.

Mahkamah menetapkan Februari tahun depan bagi sebutan semula kes itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 30

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 76

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.