Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Semangat Anak Seni Celine Dion – Mahu Beraksi Di Pentas Meski Sedang Bertarung Sakit 
 Semangat Anak Seni Celine Dion – Mahu Beraksi Di Pentas Meski Sedang Bertarung Sakit 
Sedunia Semasa

Semangat Anak Seni Celine Dion – Mahu Beraksi Di Pentas Meski Sedang Bertarung Sakit 

by VOKALIS 20/12/2023 780

Pelantun lagu My Heart Will Go On, Celine Dion tetap bersemangat mahu kembali beraksi di pentas meskipun sedang terlantar akibat penyakit yang dihidapinya sejak setahun lalu. 

Celine bersemangat untuk pulih dan sangat berdisiplin dengan rutin rawatan penyakit Sindrom Orang Kaku atau stiff-person. 

Terbaharu, kesihatannya dikhabarkan semakin merosot dan dikatakan dia telah hilang kawalan ke atas otot tubuhnya.

Kakak Celine iaitu Claudette mendedahkan penyanyi My Heart Will Go On itu tidak dapat lagi mengawal pergerakan pada bahagian badannya.

“Dia tidak mempunyai kawalan ke atas ototnya,” katanya.

Apa membuatkan Claudette lebih sedih, adiknya itu masih memasang impian untuk kembali beraksi di atas pentas.

Celine pada bulan Mei telah membatalkan Jelajah Courage World kerana gangguan saraf yang jarang berlaku, menyebabkan dia mengalami kekejangan otot yang menyakitkan dan kekakuan.

Pada Disember tahun lalu, Celine mengejutkan peminat dengan perkongsian tentang masalah tersebut sehingga terpaksa membatalkan semua konsert jelajah di Eropah. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 73

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 73

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 79

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.