Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Abang P-Hailing Edar Dadah – Berdepan Hukuman Berat
 Abang P-Hailing Edar Dadah – Berdepan Hukuman Berat
Semasa

Abang P-Hailing Edar Dadah – Berdepan Hukuman Berat

by VOKALIS 21/12/2023 678

Di saat ramai yang kagum dengan kesungguhan dan usaha kerja abang-abang parcel hailing (p-hailing) dalam menjalankan tugas, terpalit kes yang tidak menyenangkan. 

Seorang pekerja p-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini kerana mengedar dadah seberat lebih 112 kilogram (kg) di sebuah tokong, di sini, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada D. Dkrishna Roa, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Dia didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 112482 gram (112.482 kg) di Hock Siew Keng Temple, Jalan Tuanku Antah pada pukul 8.55 malam, 9 Disember lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 17

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 19

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.