Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Padah Mabuk – Lelaki Maut Tersepit Pintu ‘Shutter’ Bank
 Padah Mabuk – Lelaki Maut Tersepit Pintu ‘Shutter’ Bank
Semasa

Padah Mabuk – Lelaki Maut Tersepit Pintu ‘Shutter’ Bank

by VOKALIS 03/01/2024 628

Akibat dipercayai mabuk, seorang lelaki menemui ajal apabila lehernya tersepit pintu ‘shutter’ sebuah bank di Kota Kemuning dekat Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, mangsa dipercayai berada dalam keadaan mabuk telah berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.29 pagi berkaitan mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terbaring di hadapan pintu masuk ke ruang bank berkenaan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dilihat berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM pada pukul 11.48 malam.

ACP Mohd Iqbal Ibrahim (Kredit: Utusan Malaysia)

“Dia dipercayai dalam keadaan mabuk.

“Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada pukul 6 pagi,” katanya menerusi kenyataan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.