Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Gerai Singgang Dirobohkan – Pindah Ke Kawasan Lebih Selesa
 Gerai Singgang Dirobohkan – Pindah Ke Kawasan Lebih Selesa
Semasa

Gerai Singgang Dirobohkan – Pindah Ke Kawasan Lebih Selesa

by VOKALIS 22/01/2024 749

Pasti ramai yang biasa menjamu selera di gerai singgang di belakang sebuah pusat beli belah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lokasi ikonik itu kini sudah dirobohkan dan berpindah ke kawan perniagaan yang lebih selesa termasuk dilengkapi kemudahan seperti tandas.

Seramai 26 penjaja gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini akan berniaga di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan dan pihaknya telah mengeluarkan notis pemakluman pengosongan tapak itu sejak Oktober tahun lepas.

Menurut DBKL, notis itu menghendaki setiap penjaja mengosongkan tapak selewat-lewatnya 31 Dis tahun lepas dan notis peringatan pula telah dikeluarkan pada awal Januari tahun ini.

“Lokasi gerai baharu dilihat akan memberi lebih keselesaan kepada penjaja dan pengunjung disebabkan lokasi gerai asal adalah bersebelahan dengan pusat sementara penyembelihan ayam yang boleh menimbulkan bau kurang menyenangkan kepada pengunjung ditambah keadaan kebersihan di sekitar kawasan perniagaan yang tidak memuaskan.

Menurut DBKL, antara insentif itu ialah pengecualian sewaan selama tiga bulan selepas berpindah ke Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata dan pengindahan serta pencahayaan di laluan pejalan kaki dari Stesen LRT Titiwangsa ke medan selera bagi tujuan keselamatan khususnya pengunjung gerai.

Untuk rekod, lokasi baharu itu dahulu dikenali dengan Medan Selera Damai@Batu Bata namun pertukaran nama iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata dibuat bagi mengekalkan jenama ikan singgang yang merupakan lokasi utama peminatnya di ibu negara.

Pemindahan itu adalah langkah tepat dalam usaha memastikan kawasan gerai lebih selesa memandangkan kawasan sebelum ini terlalu banyak nyamuk serta berhampiran dengan kawasan kediaman. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 40

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 46

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 56

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.