THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bank Negara Nafi Lesenkan Quantum Metal – Jelas Salah Nyata Fakta
 Bank Negara Nafi Lesenkan Quantum Metal – Jelas Salah Nyata Fakta
Semasa Sensasi

Bank Negara Nafi Lesenkan Quantum Metal – Jelas Salah Nyata Fakta

by VOKALIS 22/01/2024 556

Sebarang dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) diluluskan dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) secara langsung atau tidak langsung adalah tidak benar.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan QMSB perlu diperjelaskan.

Menurut BNM, QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.

“Sebagai sebuah įnstitusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.

“Bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya seperti produk dan dagangan emas adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, BNM berkata, terdapat pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan dan pengesahan BNM berhubung AMLA.

Jelas BNM, sebarang aliran masuk dana ke dalam negara, kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan BNM terlebih dahulu.

Justeru, kata BNM, tiada mana-mana pihak boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga boleh mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan BNM.

“Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusnya dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan tersebut.

“BNM ingin mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan pelaburan. Sebarang aktiviti kewangan disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pilhak penguatkuasa undang-undang,” kata kenyataan itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.