Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan
 TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan
Semasa

TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan

by VOKALIS 02/02/2024 525

Ekoran kemalangan maut membabitkan tiga anggotanya dalam kemalangan jalan raya di Gurun, Kedah pagi tadi, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman.

TDM dalam satu kenyataan di sini hari ini turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini.

“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” katanya.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan tiga anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.

Terdahulu media melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Impian Zulkifli genggam ijazah tercapai selepas tunggu

by thevokal 08/01/2026 44

Faktor usia bukanlah penghalang bagi Zulkifli Rahmat. Dalam usia 55 tahun beliau menerima Ijazah

Selebriti

LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza

by thevokal 06/01/2026 24

Demi memastikan kelancaran pergerakan ribuan peminat yang bakal menghadiri konsert Legacy 30, Biduanita Negara,

Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 160

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.