Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 4 Februari 2024
 Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 4 Februari 2024
Semasa

Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 4 Februari 2024

by VOKALIS 04/02/2024 227

1. Kenyataan Menghina Pengampunan Najib – PDRM Panggil Tony Pua

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memangil bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja berhubung pengampunan ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kenyataan itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja mengenai kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasa di bawah artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

2. Ekstasi Koko – Polis Tumpas Sindiket Bungkus Dadah

Satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dikesan cuba bereksperimentasi dengan menjadikan serbuk ekstasi kelihatan seakan serbuk koko bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sindiket itu turut membungkus dadah itu ke dalam paket pelbagai serbuk minuman berperisa seperti serbuk teh, kopi dan perisa buah-buahan sebelum diedarkan.

Bagaimanapun, sindiket yang beroperasi sejak Julai tahun lalu, tumpas setelah lima lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 31 tahun ditahan dalam dua serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri, 29 Januari lalu.

3. 10 Lagi Ditahan – Tahanan Lari Dari Depoh

Polis menahan 10 lagi tahanan lelaki yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bidor pada Khamis lalu di ladang kelapa sawit Kampung Senta, Bidor, kira-kira jam 3 petang tadi.

Penahanan itu menjadikan jumlah tangkapan setakat jam 6.30 petang tadi seramai 51 orang.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua tahanan berkenaan adalah lelaki Rohingya yang ditangkap di ladang kelapa sawit.

4. Kekurangan Bukan Masalah – Aya Syukur Diterima Baik

Pelakon dan pelawak, Aya Amiruddin tidak melihat bentuk tubuhnya yang besar selain berkulit gelap sebagai satu masalah yang menyekat peluangnya menceburi industri seni tanah air.

Kata Aya, 27, sebagai pelakon dia bersyukur apabila diterima baik penggiat seni yang mengalu-alukan kehadirannya untuk memeriahkan industri dengan keunikan yang dimiliki.

“Alhamdulillah. Saya tidak pernah dilayan buruk, malah kehadiran saya disambut baik oleh semua orang dalam industri,” katanya. 

5. Azizulhasni Tarik Diri – Impian Emas Tak Kesampaian Dek Kesihatan 

Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih emas berganda pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia tidak tertunai selepas tersingkir di separuh akhir dalam acara pecut hari ini.

Selain itu, dia juga tidak mengambil bahagian dalam acara penentuan pingat gangsa selepas dinasihatkan doktor untuk menarik diri kerana mengalami gejala perikarditis sebaik aksi separuh akhir tamat.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saya terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan gangsa pecut kerana mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir. Saya berunding dengan doktor dan dinasihatkan untuk menarik diri daripada perlumbaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan tekanan jantung saya,” katanya. 

– THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 276

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 426

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 288

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.