Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dicam Peminat Itu Kemenangan Sebenar – Stacy Terharu Sokongan Hebat
 Dicam Peminat Itu Kemenangan Sebenar – Stacy Terharu Sokongan Hebat
Selebriti Semasa

Dicam Peminat Itu Kemenangan Sebenar – Stacy Terharu Sokongan Hebat

by VOKALIS 19/02/2024 631

Walaupun dikatakan gagal menyembunyikan identiti dirinya dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia Musim Keempat (TMSM4) , Stacy menganggap itu kemenangan sebenar.

Juara terbaru edisi TMSM4 itu terharu apabila peminat mengenali dirinya sejak awal menyertai pertandingan itu.

“Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar.

“Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut,” katanya ketika ditemui The Vokal.

Kongsinya, peminatnya juga memberitahu mereka sudah mula mengundi sejak pusingan awal pertandingan itu.

“Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari,” katanya.

Mengakui dia yang memilih kostum bunga berkenaan, Stacy turut pernah hampir pitam sepanjang perjuangan pertandingan itu ketika menyampaikan lagu Run The World.

“Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.

“Pada masa sama saya rasa kembali muda dan mengimbau dalam pertandingan dalam Akademi Fantasia,” katanya.

Stacy diumumkan juara TMSM4 menewaskan empat pesaing lain dalam pertandingan yang berlangsung malam tadi.

Selebriti lain di sebalik topeng ialah Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 17

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 23

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 258

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.