Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Mac 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Mac 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Mac 2024

by VOKALIS 03/03/2024 598
  1. 10 Mac Lihat Anak Bulan – Tentukan Tarikh 1 Ramadan

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.

  1. Sutera Diramal Juara AJL38 – Aisha Retno Bakal Cipta Sejarah

Bakat baru Aisha Retno diramal bakal juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung malam ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi itu dikatakan berpeluang cerah menewaskan 11 lagu lain.

Manakala nama Aina Abdul dan Ernie Zakri disebut-sebut bakal membawa pulang trofi Vokal Terbaik.

  1. Lelaki Melecur Cuba Selamatkan Diri – Rumah Terbakar

Seorang lelaki melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Aman, Sabak Bernam, hari ini.

Mangsa berusia 50-an melecur pada lengan, kepala dan belakang badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.59 petang.

  1. Tak Serik Masuk Penjara – Dua Bekas Banduan Ditahan Lagi

Polis bertindak pantas dengan menahan dua bekas banduan yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah, kedai dan bengkel di daerah ini dan Penampang, hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 25 dan 32 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah di kawasan stesen minyak di Jalan Lintas Luyang, jam 3.30 pagi.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek menemui beberapa alat dipercayai digunakan untuk pecah rumah yang disimpan di dalam beg.

  1. Wang Hantaran Kek – Gubahan Wang RM50,000

Wang hantaran RM50,000 dijadikan gubahan berbentuk kek mencairkan hati netizen yang melihat majlis pertunangan ‘mewah’ pasangan sejoli ini.

Menceritakan kisah itu, adik kepada lelaki itu, Naraynawate Otoh, 24, berkata, gubahan itu khusus buat pertunangan abangnya bersama wanita pilihan yang diadakan pada 24 Februari lalu di sebuah rumah di Batu Putih, Sandakan, Sabah.

“Gubahan ini atas permintaan sebelah wanita yang mahu wang ini digubah menyerupai kek.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 19

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 33

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 49

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.