Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella
 Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella
Semasa

Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella

by VOKALIS 06/03/2024 414

Kakak kepada arwah Bella, Norhisham Samsusah, 36, percaya penemuan sebahagian rangka manusia di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ialah milik adiknya.

“Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.

“(Sebanyak) 90 peratus rangka ditemukan dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai,” kata susulan penemuan sebahagian lagi rangka mangsa.

Menurut Norhisham atau lebih mesra panggilan Ayu, dia baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan rangka itu oleh polis.

Katanya, dia dimaklumkan sebahagian rangka itu ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka Bella atau Mila Sharmila, 32, di dalam rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini.

“Kami bersyukur kerana hasrat mencari sebahagian rangka itu ditemui. Kami sangat berharap kesemuanya akan ditemukan sekali gus membuatkan kami tenang,” katanya.

Pada 26 Januari lalu iaitu dua hari selepas pengebumian Bella, kakaknya mendedahkan mereka sekeluarga menitiskan air mata apabila mendapati jasad adik tersayangnya tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Kejadian itu disedari ketika Ayu dan ibunya, Noraini Salleh, 55, memandikan rangka tidak sempurna itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, selepas ujian DNA (asid deoksiribonukleik) mengesahkan ia adalah Bella.

Dalam catatan di Facebook, Ayu memberitahu mereka sekeluarga terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella ketika dimandikan.

Dia memberitahu, tengkorak adiknya pecah disyaki dihentak objek tumpul, selain hanya tinggal sebahagian anggota hingga paras pinggul.

Susulan itu, keluarga arwah Bella memaklumkan mereka sudah membuat surat permohonan kepada polis untuk mencari sebahagian rangka yang belum ditemukan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium

by thevokal 30/09/2025 248

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya

Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai

by thevokal 28/09/2025 43

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki

Santai

‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah

by thevokal 28/09/2025 32

TIDAK dinafikan, terdapat sesetengah masyarakat kita memandang remeh terhadap kepentingan seks atau hubungan intim

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.