Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Bella Astillah Fail Cerai Terhadap Aliff Aziz – Permohonan Secara Fast Track
 Bella Astillah Fail Cerai Terhadap Aliff Aziz – Permohonan Secara Fast Track
Selebriti Sensasi

Bella Astillah Fail Cerai Terhadap Aliff Aziz – Permohonan Secara Fast Track

by VOKALIS 13/03/2024 533

Episod kisah panas rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berterusan apabila hari ini isterinya Bella Astillah memfailkan permohonan cerai.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd. Rais ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata peguam itu, permohonan cerai yang dibuat anak guamnya selaku plaintif difailkan pada Isnin lalu, secara `fast track’ (ekspres) atas alasan antaranya sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

“Permohonan difailkan secara ‘fast track’ dan tarikh pada mulanya ditetapkan esok (Khamis), namun dipercepatkan hari ini.

“Hari ini merupakan sebutan kali pertama permohonan tersebut. Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,” katanya.

Penceraian ‘fast track’ merupakan proses bagi pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Terdahulu dalam prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terlibat dengan penggambaran.

“Aliff ada maklumkan kepada saya bahawa tidak dapat hadir hari ini kerana ada ‘shooting’ (penggambaran). Justeru mahkamah kemudian menetapkan 4 April ini bagi sebutan semula kes dan pada tarikh itu kedua-dua pihak akan hadir ke mahkamah,” kata peguam itu lagi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 101

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 116

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 113

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.