THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Papar Kemarau – Bekalan Air Kritikal
 Papar Kemarau – Bekalan Air Kritikal
Semasa

Papar Kemarau – Bekalan Air Kritikal

by VOKALIS 13/03/2024 163

Daerah Papar diisytiharkan dilanda bencana kemarau susulan berdepan krisis bekalan air yang kritikal sejak beberapa minggu lalu.

Pegawai Daerah Papar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Fuad Abdullah dalam satu notis yang tular berkata, pihaknya sebulat suara mengumumkan perkara terbabit dan pengisytiharan dilakukan pada jam 10:30 pagi hari ini.

Susulan itu, beliau menjelaskan pihaknya kini sedang mengambil tindakan susulan bagi menangani perkara terbabit.

“Pengagihan bekalan air yang dibuat secara berjadual, kami turut mendapatkan bantuan lori tangki air dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau, Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan selebihnya disewa daripada pihak swasta.

“JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah.

“Majlis Daerah Papar akan memberi keutamaan kepada kawasan perumahan manakala Pejabat Parlimen Papar di memberi tumpuan di kawasan perkampungan.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna JANS Papar dan Majlis Daerah Papar tidak membekalkan air ke kawasan penduduk yang terkesan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.