Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hujan Lebat Di Enam Negeri – Dijangka Hingga Lewat Petang
 Hujan Lebat Di Enam Negeri – Dijangka Hingga Lewat Petang
Semasa

Hujan Lebat Di Enam Negeri – Dijangka Hingga Lewat Petang

by VOKALIS 17/04/2024 677

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan melibatkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang ( Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Hujan lebat berserta ribut petir ini juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu(Tatau dan Sabauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Dalam pada itu, keadaan cuaca buruk sama dijangka tertumpu di Sabah, melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

Terdahulu menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bacaan dua sungai di Negeri Sembilan iaitu Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson dan Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau dilaporkan telah melepasi tahap bahaya akibat hujan berterusan pagi tadi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 17

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 21

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 257

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.