Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. DSP Dituduh Bunuh Pelajar – Muhammad Zaharif Pelajar Tingkatan 5
 DSP Dituduh Bunuh Pelajar – Muhammad Zaharif Pelajar Tingkatan 5
Semasa

DSP Dituduh Bunuh Pelajar – Muhammad Zaharif Pelajar Tingkatan 5

by VOKALIS 14/05/2024 606

Seorang Pegawai kanan polis dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan 5, pada 15 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Kinta, di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pertuduhan dikendalikan oleh lapan timbalan pendakwa raya yang diketuai oleh Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J S Geetha, Low Qin Hui dan Wan Azimah Yaacob.

Tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Keluarga terdekat mangsa termasuk abang, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, selain bapa saudara, Abdul Razak Judin, 48, turut berada di dalam kamar mahkamah sama ketika pertuduhan dibacakan ke atas Mohd Nazri.

Mahkamah menetapkan 7 Februari bagi sebutan semula kes itu. –THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 110

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.