Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Mbappe Terbaik – Anugerah Menjelang Tamat Tempoh Tujuh Tahun PSG
 Mbappe Terbaik – Anugerah Menjelang Tamat Tempoh Tujuh Tahun PSG
Stadium

Mbappe Terbaik – Anugerah Menjelang Tamat Tempoh Tujuh Tahun PSG

by VOKALIS 14/05/2024 753

Bintang sensasi bola sepak Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemain terbaik Perancis pada pada majlis anugerah di Paris, ketika dia hampir menamatkan tempoh tujuh musim bersama Paris Saint Germain (PSG).

Mbappe, 25, merangkul hadiah untuk pemain terbaik dalam Ligue 1 pada gala Trofi UNFP (Kesatuan Pemain Perancis) buat kali kelima berturut-turut selepas menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk PSG.

Kapten Perancis itu minggu lalu mengesahkan akan meninggalkan PSG pada penghujung kempen apabila kontraknya tamat, dengan Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya.

“Halaman yang sudah berubah, satu lagi bab dalam hidup saya yang akan ditutup,” kata Mbappe.

“Ligue 1 akan sentiasa mempunyai tempat penting dalam hidup saya. Ia adalah satu-satunya liga yang saya kenali dalam karier saya sehingga kini.

“Saya sentiasa cuba untuk menjadi wakil terhormat liga ini dan Saya pasti akan merinduinya. Ia adalah sebahagian daripada hidup saya yang akan berakhir. Apa yang akan datang adalah sangat menarik tetapi itu adalah sesuatu yang lain,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 110

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.