Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut
 Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut
Semasa

Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut

by VOKALIS 24/05/2024 817

Dasar penjenayah buta perut apabila tergamak meragut seorang wanita yang menunggang motosikal dengan membawa dua anak kecil, di Taman Bandar Senawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek yang menunggang motosikal meragut gelang tangan wanita itu, sebelum melarikan diri, pada 12.30 tengah hari.

“Semalam, kami mengesan satu video klip berdurasi 16 saat yang tular di X memaparkan satu kejadian ragut membabitkan seorang wanita.

“Gelang tangan emas dipakai mangsa diragut suspek seorang lelaki yang menunggang motosikal di Taman Bandar Senawang dan kejadian itu terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, hasil siasatan, kejadian ketika mangsa seorang wanita berusia 33 tahun bersama dua anak menaiki sebuah motosikal di Jalan Dareca 2.

“Tiba-tiba, datang seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang menunggang Yamaha 125Z berwarna biru meragut gelang emas milik mangsa.

“Suspek kemudiannya melarikan diri. Pengadu bernasib baik kerana berjaya mengawal motosikal dan tidak terjatuh. Mangsa dengan dua anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, polis kini memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 11

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 32

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 47

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.