Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut
 Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut
Semasa

Ragut Ibu Bersama Dua Anak – Penjenayah Buta Perut

by VOKALIS 24/05/2024 919

Dasar penjenayah buta perut apabila tergamak meragut seorang wanita yang menunggang motosikal dengan membawa dua anak kecil, di Taman Bandar Senawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek yang menunggang motosikal meragut gelang tangan wanita itu, sebelum melarikan diri, pada 12.30 tengah hari.

“Semalam, kami mengesan satu video klip berdurasi 16 saat yang tular di X memaparkan satu kejadian ragut membabitkan seorang wanita.

“Gelang tangan emas dipakai mangsa diragut suspek seorang lelaki yang menunggang motosikal di Taman Bandar Senawang dan kejadian itu terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, hasil siasatan, kejadian ketika mangsa seorang wanita berusia 33 tahun bersama dua anak menaiki sebuah motosikal di Jalan Dareca 2.

“Tiba-tiba, datang seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang menunggang Yamaha 125Z berwarna biru meragut gelang emas milik mangsa.

“Suspek kemudiannya melarikan diri. Pengadu bernasib baik kerana berjaya mengawal motosikal dan tidak terjatuh. Mangsa dengan dua anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, polis kini memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Lima kluster pacu pembangunan KL 2027, perumahan

by VOKALIS 26/11/2026 32

PEMBANGUNAN perumahan awam, persekitaran hijau, keselamatan infrastruktur dan pendigitalan antara lima keutamaan Dewan Bandaraya

Semasa

Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah

by VOKALIS 26/11/2026 32

SEBANYAK 28,400 daripada keseluruhan 28,430 aset lampu awam di bawah penyelenggaraan Perbadanan Putrajaya (PPj)

Selebriti

Limp Bizkit gegar Malaysia, Kuala Lumpur satu-satunya

by VOKALIS 26/11/2026 28

MALAYSIA bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock antarabangsa apabila kumpulan nu-metal popular dari Amerika

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.