Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Negeri Sembilan Dan Terengganu Johan Tilawah Al-Quran – Di Pilih Qari dan Qariah
 Negeri Sembilan Dan Terengganu Johan Tilawah Al-Quran – Di Pilih Qari dan Qariah
Semasa

Negeri Sembilan Dan Terengganu Johan Tilawah Al-Quran – Di Pilih Qari dan Qariah

by VOKALIS 29/05/2024 617

Negeri Sembilan dan Terengganu muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 apabila qari dan qariah masing-masing dinobatkan sebagai pemenang.

Qari dari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur dan qariah Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan malam tadi.

Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Naib johan qari disandang oleh Abdul Hadi Che Ab Halim dari Terengganu manakala naib johan qariah oleh Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan yang menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Bagi acara hafazan 30 juzuk beserta tafsir kategori hafiz dimenangi Muhammad Rifae’i Mat Zuki dan Putri Aminah Mohd Hanif bagi kategori hafizah manakala bagi hafazan 20 juzuk, Muhammad Asyraf Amir dari Johor dan Fatihatul Badriyah Mohd Abd Latif Hilmi dari Selangor dinobatkan sebagai pemenang.

Kategori hafazan 10 juzuk pula menyaksikan peserta Melaka Abdullah Afif Mohd Ariffin dan Aisyah Nabihah Noor Hisham dari Negeri Sembilan diumum sebagai pemenang manakala johan keseluruhan tahun ini disandang oleh Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff mengumumkan semua pemenang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

MTHQK 2024, program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei dan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya

by thevokal 21/12/2025 26

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser

Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 39

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 63

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.