Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan penyakit, itu syirik’ – Dr Afif
 Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan penyakit, itu syirik’ – Dr Afif
Dr Afif Mohd Ridzwan
Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan penyakit, itu syirik’ – Dr Afif

by thevokal 12/10/2025 222

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam tempoh yang lama adalah cara terbaik untuk pulih dari sebarang penyakit.

Sedangkan amalan itu sebenarnya boleh melemahkan tubuh dan bukannya menyembuhkan.

Ini diakui sendiri doktor perubatan yang juga penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, yang melihat masyarakat beranggapan perlu tidur banyak untuk kembali sihat.

Menerusi video di akaun TikTok miliknya, Dr Afif menjelaskan demam Influenza A yang semakin berleluasa sekarang perlu ditangani dengan cara yang betul dan bukannya tidur yang lama.

“Kalau kita sakit sebenarnya tak boleh tidur (siang). Apabila menghidap demam influenza A, kalau kita asyik tidur saja bagaimana kita nak hilangkan kuman atau virus dalam badan kita?

“Sentuh tentang influenza A ini, kuman sebenarnya membiak dalam darah kita. Macam mana kita nak buang kuman itu kalau kita asyik tidur.

“Ini kerana tidur tidak membantu pun (untuk pulih) sebaliknya kita kena cukup minum dan makan (cukup zat). Kalau asyik tidur, tubuh tak cukup keperluan nutrien (tidak bermaya), jadi susah nak pulih,” katanya.

Dr Afif Mohd Ridzwan

Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain berkata, banyak cara yang boleh dilakukan agar badan kita mudah sembuh terutamanya daripada penyakit Influenza A.

“Allah kurniakan kepada kita tiga organ perkumuhan iaitu kulit, usus dan buah pinggang. Jadi untuk pulih dan sembuh, kita mesti berpeluh, barulah kuman atau virus keluar menerusi perkumuhan itu.

“Kalau dah asyik tidur, bagaimana kita nak berpeluh. Jadi kenalah bersenam atau buat setakat mampu. Mesti kena bergerak.

“Begitu juga, kalau tak minum air yang banyak bagaimana nak kencing. Tuhan dah bagi buah pinggang, usahakanlah untuk kencing, itu juga cara buang keluar virus atau kuman.

“Minumlah air kelapa, barli, sup sayur, sup tulang dan sebagainya. Ini bagus kerana apabila banyak kencing sekaligus kuman atau virus keluar daripada badan kita. Barulah rasa Segar.

“Apabila kita makan pula, usus kita akan membuang sebaik mungkin. Kalau tak makan lagi bahaya, usus boleh luka dan boleh menyebabkan kematian,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan

Dalam masa yang sama, Dr Afif menegaskan, kepercayaan kepada mitos bahawa tidur boleh menyembuhkan penyakit boleh membawa kepada perbuatan syirik.

“Demam atau apa sakit sekalipun, kalau boleh janganlah tidur (di siang hari). Kalau nak lelap sekejap dalam setengah jam tak mengapa, cuma jangan lama sangat.

“Ini kerana kita dah tidur pada waktu malam. Jadi siang hari itu kita kena aktif. Jangan tidur.

“Kalau sakit kita makan ubat kerana itu Ikhtiar kita. Namun dalam masa yang sama kita perlu berusaha untuk sihat. Janganlah tidur sahaja nanti kuman tak keluar.

“Ini tidak, selepas makan ubat suka sangat tidur. Macam mana nak sihat. Harap tubuh akan sembuh sendiri, mana boleh.

“Dalam menangani sakit, kita perlu ikhtiar, usaha dan tawakal. Jangan selepas telan ubat, suka tidur kerana terlalu percaya tidur boleh menyembuhkan, maka ia boleh membawa kepada syirik,” tambahnya lagi.

Sedikit info tentang demam Influenza A, ia adalah jangkitan virus pernafasan yang boleh menyebabkan gejala seperti demam tinggi, batuk, sakit badan, sakit kepala dan keletihan.

Ia lebih serius daripada selsema biasa dan boleh menyebabkan komplikasi, terutamanya pada kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Antara cara pencegahan termasuk mencuci tangan kerap, memakai topeng muka, mengelakkan diri berada di tempat orang ramai dan mendapatkan vaksin influenza tahunan. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 20

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 89

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 26

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.