Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar Meninggal Dunia
 Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar Meninggal Dunia
Semasa

Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar Meninggal Dunia

by VOKALIS 05/11/2026 13

BEKAS isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Berita duka itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook Najib yang turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarhamah.

Foto:Facebook Najib Razak

Menerusi hantaran tersebut, Najib menyifatkan Tengku Puteri Zainah sebagai insan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam kehidupannya selain ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Najib memaklumkan beliau tidak berpeluang untuk bersama keluarga ketika menghadapi saat sukar itu berikutan keadaan yang tidak mengizinkan.

Namun, ingatan serta doa beliau sentiasa mengiringi anak-anak dan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Dalam masa sama, Najib turut menitipkan doa agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Beliau juga berharap agar seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang itu. – THE VOKALĀ 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Tahanan Rumah Najib Ditangguhkan Sementara, AGC Teliti

by VOKALIS 06/11/2026 9

PELAKSANAAN tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sementara

Semasa

Peletakan Jawatan Anthony Loke Berkuat Kuasa Sebaik

by VOKALIS 06/11/2026 6

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana

Semasa

UMNO Tutup Tabung Solidariti Najib, Kutipan Dana

by VOKALIS 06/11/2026 4

UMNO mengumumkan penutupan akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak selepas kutipan dana menerusi inisiatif

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.