Peletakan Jawatan Anthony Loke Berkuat Kuasa Sebaik Najib Pulang
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu susulan keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.
Menurutnya, keputusan itu mencerminkan pendirian DAP yang menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun berpandangan pemberian tahanan rumah kepada Najib boleh membawa mesej tidak wajar kepada generasi akan datang.
Beliau berkata, Anwar sebelum ini meminta beliau meneruskan tugas sehingga isu pembayaran RM50 juta diselesaikan dan Najib dibenarkan pulang ke kediaman.
Loke berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha dan pegawai kementerian bahawa peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib tiba di rumah. – THE VOKAL