Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sahabat Jadi Pengkhianat, Cinta Tiga Segi Berakhir Dengan Kematian
 Sahabat Jadi Pengkhianat, Cinta Tiga Segi Berakhir Dengan Kematian
Selebriti

Sahabat Jadi Pengkhianat, Cinta Tiga Segi Berakhir Dengan Kematian

by VOKALIS 06/11/2026 7

TIGA pelakon popular, Nadhir Nasar, Erysha Emyra dan Sophia Albarakbah bergandingan menerusi drama bersiri terbaharu Viu Original, Bayangan Dendam yang menjanjikan kisah penuh misteri, pengkhianatan dan konflik percintaan.

Drama bergenre misteri, jenayah dan percintaan itu mengandungi 12 episod dan mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu, dengan episod baharu disiarkan setiap Khamis dan Jumaat menerusi platform penstriman Viu.

Menariknya, naskhah berkenaan menandakan kemunculan sulung Nadhir dalam produksi Viu Original, selain menjadi gandingan pertama beliau bersama Erysha yang turut merupakan duta rasmi jenama MILO®.

Selain tiga pelakon utama itu, drama berkenaan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar dan Lan Siro.

Mengangkat tema persahabatan, cinta tiga segi dan pengkhianatan, Bayangan Dendam berkisar mengenai kehidupan dua sahabat baik, Melissa (Sophia) dan Ariana (Erysha) yang sudah akrab sejak zaman persekolahan.

Konflik mula tercetus apabila teman lelaki Melissa, Farhan (Nadhir), melanjutkan pengajian ke luar negara.

Melissa kemudian meminta Ariana yang turut menuntut di universiti sama supaya memerhati dan menjaga Farhan sepanjang berada di sana.

Bagaimanapun, kepercayaan yang diberikan itu akhirnya memakan diri apabila Farhan dan Ariana mula menjalinkan hubungan cinta sehingga mengkhianati persahabatan mereka.

Ketika Melissa cuba menerima kenyataan dan meneruskan kehidupan, keadaan bertukar lebih rumit apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam keadaan yang pada awalnya disyaki sebagai bunuh diri.

Kematian mengejut itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku, apatah lagi Ariana, Farhan dan individu di sekeliling mereka masing-masing mempunyai rahsia tersendiri.

Keadaan itu menjadikan setiap watak berpotensi menjadi suspek, sekali gus membawa penonton menelusuri pelbagai petunjuk bagi merungkai persoalan siapakah pembunuh Melissa.

Diarahkan Helmi Yusof, drama berkenaan merupakan projek thriller sulung terbitan Global Film Station dengan kerjasama Viu, berdasarkan konsep asal platform penstriman berkenaan.

Penglibatan Helmi turut mencuri perhatian apabila pengarah yang sebelum ini sinonim dengan karya komedi ringan seperti Abang Imam Minah Skuter dan Ate Kome, I Love You itu tampil dengan pendekatan berbeza menerusi naskhah yang lebih mendebarkan.

Dengan gabungan elemen cinta, pengkhianatan, kematian dan rahsia tersembunyi, Bayangan Dendam pastinya mengundang tanda tanya penonton sehingga ke episod terakhir. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai

AADK perkenal AIDA, tidak perlu tunggu waktu

by VOKALIS 06/11/2026 3

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Chatbot AIDA, pembantu digital yang beroperasi 24 jam sehari

Semasa

‘Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan, Jangan Tangguh Titah

by VOKALIS 06/11/2026 8

Sebarang usaha menangguhkan pelaksanaan Titah Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas

Semasa

Tahanan Rumah Najib Ditangguhkan Sementara, AGC Teliti

by VOKALIS 06/11/2026 10

PELAKSANAAN tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sementara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.