Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Najib jalani tahanan rumah hari ini, Anthony Loke letak jawatan serta-merta
 Najib jalani tahanan rumah hari ini, Anthony Loke letak jawatan serta-merta
Semasa

Najib jalani tahanan rumah hari ini, Anthony Loke letak jawatan serta-merta

by VOKALIS 10/11/2026 18

 

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengotakan pendiriannya apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta–merta.

In aadalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah hari ini.

 

Keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian yang telah dinyatakan Loke pada Jumaat lalu berhubung perkembangan kes membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Loke menegaskan peletakan jawatannya bukan keputusan yang dibuat tanpa asas, sebaliknya berlandaskan prinsip serta pendirian yang telah dijelaskan sebelum ini.

“Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah dan selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat yang diberikan untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri sejak Disember 2022.

Loke juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) atas komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh beliau menerajui kementerian berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan tugas berlangsung dengan lancar.

“Segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian akan terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Gajah liar betina berjaya dipindahkan di Tanah

by VOKALIS 11/11/2026 32

Seekor gajah liar betina berjaya dipindahkan dalam satu operasi khas bagi membolehkan haiwan berkenaan

Selebriti

“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita

by VOKALIS 11/11/2026 47

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan dan ucapan selamat maju jaya kepada

Selebriti

Noraniza Idris, EMYALY bergabung angkat batik Terengganu

by VOKALIS 11/11/2026 37

KEINDAHAN batik Terengganu terus diberi nafas baharu apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berganding

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.