Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua” – PMX
 “Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua”  – PMX
Selebriti

“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua” – PMX

by VOKALIS 11/11/2026 38

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan dan ucapan selamat maju jaya kepada penyanyi terkenal, Aina Abdul yang bakal membawa nama Malaysia ke pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata penyertaan Aina dalam pertandingan berprestij itu membuktikan bakat serta karya anak Malaysia berupaya melangkah lebih jauh dan bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Pastinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini.

“Saya mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat.

“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menitipkan kata-kata semangat kepada pelantun lagu Terus Hidup  itu agar terus melangkah dengan penuh keyakinan.

“Terbang tinggi, Aina!” katanya.

Sokongan Perdana Menteri itu sekali gus menjadi suntikan semangat buat Aina yang bakal menggalas tanggungjawab besar mengharumkan nama negara menerusi pertandingan muzik antarabangsa berkenaan.

Terdahulu, Aina dipilih mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas menampilkan persembahan penuh ekspresi di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu.

Aina bakal mempertaruhkan lagu terbaharunya dalam bahasa Inggeris berjudul Bluest Sky yang diinspirasikan daripada kisah sebenar berkaitan perasaannya terhadap cinta dan kasih sayang.

Pentas kemuncak Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut disertai peserta dari negara lain seperti Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Gajah liar betina berjaya dipindahkan di Tanah

by VOKALIS 11/11/2026 24

Seekor gajah liar betina berjaya dipindahkan dalam satu operasi khas bagi membolehkan haiwan berkenaan

Selebriti

Noraniza Idris, EMYALY bergabung angkat batik Terengganu

by VOKALIS 11/11/2026 34

KEINDAHAN batik Terengganu terus diberi nafas baharu apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berganding

Semasa

Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

by VOKALIS 11/11/2026 22

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memberi jaminan bahawa produk keluarannya mematuhi spesifikasi keselamatan makanan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.