Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan Malaysia-Kanada
 Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan Malaysia-Kanada
Semasa

Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan Malaysia-Kanada

by VOKALIS 15/11/2026 35

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark Carney  hari ini, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, pertemuan itu berlangsung di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan turut menyentuh perkembangan serantau serta antarabangsa.

Menurutnya, antara bidang kerjasama yang diberi perhatian termasuk sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.

Beliau turut berkongsi perkembangan ekonomi Malaysia selain meneroka potensi kerjasama baharu menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Kanada.

“Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang terjalin demi manfaat dan kemakmuran kedua-dua negara,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Manila, Filipina malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

Anwar berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan yang berlangsung bermula hari ini hingga 17 November itu merupakan platform penting untuk memperkukuh hubungan serantau serta mengangkat kepentingan bersama negara-negara ASEAN. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri

by VOKALIS 15/11/2026 28

Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh secara rasmi meneruskan kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka

Selebriti

Abang Rita Rudaini meninggal dunia selepas rebah

by VOKALIS 15/11/2026 39

ABANG kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar meninggal dunia pada jam 1.46

Semasa

Peruntukan RM20.399 juta: TVET buka laluan kerjaya,

by VOKALIS 15/11/2026 52

TVET atau PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional terus menjadi antara laluan penting dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.