Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
 Ab Rauf selesai  angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Semasa

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

by VOKALIS 15/11/2026 26

Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh secara rasmi meneruskan kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka selepas mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua hari ini.

Majlis istiadat pelantikan berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, dengan disaksikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Pada istiadat berkenaan, Ab Rauf menerima surat cara pelantikan sebelum melafazkan sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia.

Majlis turut menyaksikan upacara menandatangani surat cara sumpah sebagai sebahagian daripada proses rasmi pelantikan beliau.

Pelantikan semula Ab Rauf menyusul keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada Ab Rauf untuk kembali menerajui pentadbiran Melaka bagi penggal kedua. – THE VOKALĀ 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan

by VOKALIS 15/11/2026 32

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark

Selebriti

Abang Rita Rudaini meninggal dunia selepas rebah

by VOKALIS 15/11/2026 38

ABANG kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar meninggal dunia pada jam 1.46

Semasa

Peruntukan RM20.399 juta: TVET buka laluan kerjaya,

by VOKALIS 15/11/2026 51

TVET atau PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional terus menjadi antara laluan penting dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.