Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. 18.335 kilogram ganja dirampas, empat tertuduh terima hukuman penjara seumur hidup
 18.335 kilogram ganja dirampas, empat tertuduh terima hukuman penjara seumur hidup
Foto: Janaan AI
Semasa

18.335 kilogram ganja dirampas, empat tertuduh terima hukuman penjara seumur hidup

by VOKALIS 16/11/2026 14

Kegiatan pengedaran dadah sebuah sindiket yang berjaya dibongkar polis tiga tahun lalu berakhir dengan hukuman berat apabila empat individu dijatuhi penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Keputusan pada 9 Oktober lalu itu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita yang didapati bersalah atas kesalahan mengedar ganja seberat 18.335 kilogram.

Foto: Janaan AI

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan  memaklumkan, kejayaan menumpaskan sindiket berkenaan adalah  hasil tindakan pantas dan operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 16 September 2023.

Operasi yang dijalankan di Shah Alam, Selangor itu membawa kepada penahanan empat individu terbabit selain rampasan dadah jenis ganja seberat 18.335 kilogram serta sitaan beberapa buah kenderaan.

Daripada jumlah tersebut, tiga tertuduh lelaki turut dikenakan hukuman 15 sebatan setiap seorang, manakala tertuduh wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebatan.

Menurut JSJN, kejayaan membanteras kegiatan pengedaran dadah tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah tangkapan dan rampasan semata-mata.

“Sebaliknya, ia turut dibuktikan melalui keberhasilan proses perundangan sehingga pesalah menerima hukuman setimpal,” menurut kenyataan itu, hari ini. 

JSJN turut menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disusuli proses perundangan yang berkesan sehingga individu terbabit dibawa ke muka pengadilan.

“Sesungguhnya, kejayaan sebenar bukan hanya apabila sindiket berjaya ditumpaskan, tetapi apabila keadilan dapat ditegakkan dan mereka yang terlibat menerima hukuman setimpal,” katanya. 

Dalam pada itu, JSJN menegaskan pendirian untuk terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah menerusi slogan, ‘Tegas Membanteras, Tuntas Mendakwa, Memastikan Keadilan’.

Usaha itu selari dengan komitmen jabatan berkenaan menerusi kempen ‘JSJN Perangi Dadah, Lindungi Generasi’. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan

by VOKALIS 16/11/2026 1

BARISAN Nasional (BN) mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar

Semasa

‘Kerjasama UMNO-PAS jamin keadilan semua kaum’ –

by VOKALIS 16/11/2026 41

KERJASAMA politik antara UMNO (Barisan Nasional) dan PAS (Perikatan Nasional) bukan bertujuan menindas atau

Semasa

Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan

by VOKALIS 15/11/2026 43

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.