Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Kerjasama UMNO-PAS jamin keadilan semua kaum’ – DUPP
 ‘Kerjasama UMNO-PAS jamin keadilan semua kaum’ – DUPP
Semasa

‘Kerjasama UMNO-PAS jamin keadilan semua kaum’ – DUPP

by VOKALIS 16/11/2026 33

KERJASAMA politik antara UMNO (Barisan Nasional) dan PAS (Perikatan Nasional) bukan bertujuan menindas atau meminggirkan mana-mana kaum, sebaliknya menjadi asas kepada kestabilan politik serta jaminan keadilan untuk seluruh masyarakat

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, usaha mengembalikan dan memperkukuh kuasa politik Melayu-Islam tidak seharusnya disalah tafsir sebagai agenda mengetepikan kepentingan masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, kepimpinan teras Melayu-Islam yang stabil merupakan prasyarat penting dalam memastikan keharmonian dan keadilan dapat dinikmati semua kaum di negara ini.

“Usaha mengembalikan dan memperkukuh kuasa politik Melayu-Islam ini sama sekali tidak bertujuan untuk menindas atau meminggirkan mana-mana kaum.

“Sebaliknya, kepimpinan teras yang stabil inilah yang menjadi prasyarat utama bagi menjamin keadilan serta keharmonian untuk semua,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad. 

Beliau berkata, pengalaman negara mengharungi dua penggal ketidakstabilan politik sebelum ini menunjukkan bagaimana pentadbiran tanpa hala tuju dan dasar yang jelas boleh memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk tekanan kos sara hidup, peningkatan kadar jenayah, ketegangan hubungan antara kaum serta isu berkaitan hak Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, DUPP menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap agenda perpaduan ummah dan muafakat politik antara BN dan PN.

Sehubungan itu, Mohd Nor menyeru semua wakil rakyat yang diberikan mandat supaya melaksanakan amanah dengan penuh integriti, mengutamakan kebajikan rakyat serta menjadikan prinsip Islam sebagai panduan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau turut berharap kejayaan di Melaka menjadi titik tolak kepada usaha memperkukuh kesatuan Melayu-Islam secara lebih tersusun, termasuk di peringkat negeri lain dan Parlimen pada masa hadapan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan

by VOKALIS 15/11/2026 41

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark

Semasa

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri

by VOKALIS 15/11/2026 33

Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh secara rasmi meneruskan kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka

Selebriti

Abang Rita Rudaini meninggal dunia selepas rebah

by VOKALIS 15/11/2026 42

ABANG kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar meninggal dunia pada jam 1.46

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.