Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
 Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
Semasa

Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan

by VOKALIS 16/11/2026 21

BARISAN Nasional (BN) mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, salinan surat berkenaan turut diterima Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, BN menghormati keputusan Ismail dan merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti beliau sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

“BN berharap keputusan ini dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

“Sehubungan itu, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Zambry berkata, Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, proses berkenaan akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

18.335 kilogram ganja dirampas, empat tertuduh terima

by VOKALIS 16/11/2026 14

Kegiatan pengedaran dadah sebuah sindiket yang berjaya dibongkar polis tiga tahun lalu berakhir dengan

Semasa

‘Kerjasama UMNO-PAS jamin keadilan semua kaum’ –

by VOKALIS 16/11/2026 41

KERJASAMA politik antara UMNO (Barisan Nasional) dan PAS (Perikatan Nasional) bukan bertujuan menindas atau

Semasa

Anwar, Mark Carney bincang perluas kerjasama perdagangan

by VOKALIS 15/11/2026 43

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.