Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Tiada niat perkecilkan ibadah solat Jumaat’ – Khoo Poay Tiong
 ‘Tiada niat perkecilkan ibadah solat Jumaat’ – Khoo Poay Tiong
Semasa

‘Tiada niat perkecilkan ibadah solat Jumaat’ – Khoo Poay Tiong

by VOKALIS 21/11/2026 41

PENGERUSI DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan beliau sama sekali tidak berniat mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah solat Jumaat susulan kontroversi kenyataannya berhubung arahan penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu setiap Jumaat.

Ahli Parlimen Kota Melaka itu sebaliknya mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau turut menegaskan bahawa dirinya menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut,” katanya.

Mengakui kesilapan dalam menyuarakan pandangan, Poay Tiong berkata, sebagai wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati, bertanggungjawab serta sensitif, terutama apabila membabitkan isu agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.

Beliau turut menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.

“Sekali lagi, saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya.

“Saya akan mengambil iktibar daripada perkara ini dan lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Poay Tiong membangkitkan kebimbangan mengenai arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengarahkan premis perniagaan ditutup antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Isu itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang menyelar tindakan Poay Tiong kerana mempersoalkan arahan berkenaan.

Young Syefura yang juga wakil DAP berpandangan Poay Tiong tidak sepatutnya mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Islam, selain cuba mengatur pentadbiran negeri lain. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Khadam ungguli FFM35, menang Filem dan Pengarah

by VOKALIS 22/11/2026 41

FILEM Khadam mencuri perhatian pada Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) apabila bukan sahaja dinobatkan

Selebriti

Norman Hakim pesan Marissa jangan lupa zakat,

by VOKALIS 21/11/2026 35

DI sebalik kegembiraan melihat anak perempuan, Marissa Dania berjaya menghadiahkan diri sebuah kereta BMW,

Selebriti

18 bulan berjuang bawa My Chemical Romance

by VOKALIS 21/11/2026 33

DI sebalik sorakan 130,000 peminat My Chemical Romance (MCR) yang membanjiri Stadium Nasional Bukit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.